Halaman

Jumaat, 6 Januari 2012

Maksud & Definisi Tingkah laku







Maksud & Definisi Tingkah laku


• Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai

• Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

• Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.


Definisi Menurut Lewis M.Beaker (2001)

• Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

• Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.



Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003)

• Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.

• Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.

• Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.



Definisi oleh Carl Rogers (1999)

• Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan

• Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.


Definisi Menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam

• Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.

• Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:

        o Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan.

        o Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.

        o Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan
           keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.

        o Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu

       o Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-satu situasi
           itu.

       o Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dn tingkah laku.



Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua peringkat

• Manusia dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan serta kelakuannya.

• Manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional.



DEFINISI SALAH LAKU

Sebarang tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau keadaan di mana ia berlaku.Tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuk sekolah (Mok Soon Sang, 2004)

Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.Tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi/akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.



Definisi Tingkah laku bermasalah

Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah.

Jenis-jenis Masalah Tingkah laku

1. Minor - tidak perlu tindakan disiplin serius, pemulihan.

2. Kronik - perlu kaunseling/teknik modifikasi

3. Masalah Minor

a. Tidak ikut peraturan, prosedur.

b. Ganggu aktiviti bilik darjah, pembelajaran Contoh, Lupa siapkan kerja rumah,Ganggu guru

c. Buat aktiviti yang tiada kaitan dengan pelajaran semasa p&p

d. Enggan patuhi arahan guru



Masalah Major

1. Masalah minor yang kerap

2. Contoh, ganggu kelas, tidak patuhi arahan, ganggu murid lain, cabar guru


Masalah Kronik

• Masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah

• Perlu intervensi jangka panjang

• Perlu kaunseling atau modifikasi tingkah laku

• Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius

        • Contoh- anti sosial, cabar autoriti,tidak hormat guru, murid lain, bergaduh, vandalisme dll.


Sejarah kepada teori Pengurusan Tingkah laku:

Kajian ahli psikologi :

1. Operant Conditioning (Pertalian antara t/laku & akibat) Thorndike & Skinner

2. Classical Conditioning (Pertalian antara rangsangan & tindakbalas) Watson & Pavlov

3. Teori Psychoanalytic – Sigmund Freud

4. Teori Pembelajaran Sosial – Bandura


PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU

• Ilmu psikologi telah memberi pelbagai maklumat berkaitan perkara-perkara yang menentukan tingkah laku

• Pada peringkat awal, para pengkajiberpendapat tingkah laku disebabkan oleh kuasa dalaman seperti keturunan, kandungan kimia dlm. badan & pengalaman

• Mulai tahun 1920 an – perubahan terdapat perubahan pendapat daripada faktor dalaman kepada peristiwa luaran / persekitaran

• Rumusan – ‘kebanyakan t/laku adalah dipelajari sepanjang masa’

• tingkah laku yang tidak sesuai boleh diubah kepada tingkah laku baru’

• Semua tingkah laku dipelajari

• Semua tingkah laku adalah ‘stimulus spesific’

• Tingkah laku boleh diajar & diubah

• Matlamat perlu jelas & spesifik

• Program perlu secara individu

• Program perlu fokus masa kini

• Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak



MODEL TINGKAH LAKU MANUSIA

• Psychodynamic

• Environmental

• Biophysical

• Behavioral (Model ABC)



Pengurusan Tingkah laku

Definisi Pengurusan Tingkah laku.

PTL ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.


Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku

Ia adalah dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara berikut :

• Jenis perlakuan yg dinilai

• Kekerapan perlakuan

• Keadaan semasa perlakuan dinilai


Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).

- Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.

- Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif-bebas gangguan

- Langkah asas:-

• Kenal pasti tingkah laku

• Tentukan sasaran

• Pilih strategi, kaji kesan

• Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru

Teknik Pengurusan Tingkah Laku

1. Alat pengukuran personal (personal tools)

a. Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah.

b. Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat pengawasan.

c. Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa.

d. Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini


2. Teknik pencegahan (preventive techniques)

a. Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar

b. Iklim positif

c. Peramah, peneguhan, berhati-hati

d. Persekitaran terurus

e. Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku

f. Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima


3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)

a. Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan

b. Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik darjah

c. Caranya:-

i. Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan

ii. Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran

iii. Bimbing perlakuan yang positif

iv. Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu

v. Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.


4. Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku

a. Peneguhan

b. Tukar persekitaran fizikal

c. Ubahsuai program pengajaran

d. Guru menukar tingkahlaku sendiri

e. Kualiti guru

f. Penggunaan ganjaran

g. Pembentukan

h. Pengasingan

i. (time-out)

j. Dendaan / hukuman

k. Penghapusan

l. Rakan sebaya (modelling)

m. Kejalakan (satiation)

n. Bimbingan dan Kaunselling


*Sumber: Pelbagai

Ahad, 11 September 2011

PERANAN BELIA

Dunia sedang menghadapi alaf baru. Banyak perubahan sedang berlaku dan
memberi kesan kepada cara hidup, sosioekonomi, sistem kepercayaan, nilai dan
moral masyarakat yang terlibat dengan perubahan ini. Malaysia sebuah negara
yang konservatif dengan budaya timur tidak terlepas daripada ancaman ini. 
Persatuan Belia adalah alternatif atau jalan mudah bagi memperkasakan 
belia dalam meningkatkan semangat patriotisme terhadap negara.

Keruntuhan nilai sosial dikalangan belia mula menular pada awal 1960an namun
tahap peningkatan gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin meruncing hingga ke
hari ini. Keadaan ini amat membimbangkan kerana golongan belia adalah aset
penting bagi masa depan negara.

Pertubuhan belia di negara ini, bermula sejak tertubuhnya Pertubuhan Pengakap
pada 1903. Sejak itu pelbagai pertubuhan belia telah tumbuh dan menjadi amat
popular sebagai wadah menghimpunkan golongan belia dalam merencanakan
pelbagai aktiviti untuk faedah masyarakat. Pada tahun 2000 terdapat 5,500
pertubuhan belia di seluruh Negara dan bilangan ini meningkat ke 8,000 pada
tahun 2005. Keahlian juga telah meningkat kepada 2.8 juta pada tempoh yang
sama.

 Persoalan timbul, dimana perginya baki belia seramai 9 juta yang tidak menyertai
pertubuhan belia? Anggapan timbul menyatakan kumpulan inilah yang sering
dikaitkan dengan gejala sosial akibat kurangnya pendedahan dan penglibatan
dalam kegiatan-kegiatan sihat yang dapat mengelakkan mereka daripada
terjerumus dengan gejala sosial, umpamanya penagihan dadah, lumba haram
(Mat Rempit & Minah Rempit), gangsterism, perjudian, penagihan arak,
pergaulan bebas, pelacuran dan lain-lain.

Pertubuhan belia mempunyai segala potensi untuk berperanan sebagai agen
perubahan dalam membanteras gejala sosial. Potensi ini akan menjadi kenyataan
apabila belia berkeupayaan menjana potensi yang ada melalui saluran yang
disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak-pihak lain yang terbabit.
Pengiktirafan oleh semua pihak perlu dalam meletakkan pertubuhan belia
samaada diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah sebagai ‘one stop center’
bagi penganjuran aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat.

 Dalam menguruskan era bordeless world yang bercirikan pengaliran maklumat
dan dagangan secara bebas sedikit sebanyak telah menyebabkan belia terdedah
kepada gejala negatif yang bersifat global. Sehubungan itu, antara peranan yang
boleh dijalankan ialah :



a) Menambah Keahlian Belia Dalam Pertubuhan


b) Merekayasa Dan Memperkasa Aktiviti


c) Rakan Bijak Dalam Membanteras Gejala Sosial


d) Memasyarakatkan Pertubuhan Belia


e) Memperkasakan Pertubuhan Belia

Khamis, 25 Ogos 2011

Kemana hilangnya semangat berkumpulan?

      Semangat berkumpulan biasanya wujud apabila sesuatu kelompok itu mempunyai sesuatu matlamat untuk dicapai. Bagi saya semangat kumpulan nie boleh wujud dalam pelbagai keadaan, situasi dan kadang2 wujud akibat didorong. Bagi saya, kumpulan ini wujud apabila ada individu mumpunyai semangat untuk bekerjasama

     Dalam bekerja berkumpulan pasti banyak kerenah yang timbul. Perkara nie aku dah banyak kali hadapi dan kalau wujud persoalan tentang nie mungkin aku dapat membahasnya, ok lupakan hal itu. Dalam menyebut tentang karenah berkumpulan nie, sebenarnya ia juga menyebabkan ketidakselesaan oleh individu dalam kumpulan tersebut. Akibat besarnya kerenah dalam sesebuah kumpulan, mungkin wujud perpecahan.

     Dalam berkumpulan juga wujud ketidaksamaan idea dan pendapat. Ini kadang2 boleh menjatuhkan sesebuah kumpulan. Kadang2 bila aku lihat, idea atau pendapat memang perlu dikeluarkan, tapi melihat pada kehendak keadaan dan kesesuian juga. Mungkin manusia mumpunyai ego tersendiri. Ego yang telalu tinggi kadang2 menyebabkan jatuhnya sesebuah kumpulan itu.

    Kejemuan juga menyebabkan hilannya semangat berkumpulan. Jemu nie boleh dikatakan macam sudah lali atau bosan. Bosan dengan kumpulan, ahli, dan matlamat tuk dicapai. Kenapa ada istilah jemu dalam kumpulan?, dan adakah ia datang secara sendiri atau fikiran kita?. Sebenarnya kalau niat tak betul untuk bekerjasama nie menjadi masalah dalam kumpulan,. kesungguhan rakan lain untuk bangkit terbantuk apabila salah seorang itu bekerja sambil lewa. Aku ingin ingatkan jangan lah sesekali lihat kawan sendiri kecewa dan sedih

    Aku rasa takde ape lah aku nak kongsikan. Apa yang aku tulis di atas tu adalah dari permerhatian aku dan banyak lagi aku nak tuliskan tapi bagi aku bercerita dengan lisan lagi seronok dari menari. So aku harap korang jaga lah kumpulan korang dengan baik sebab kumpulan yang kuat akan kekal untuk selama- lamanya

CABARAN RAMADAN BEREMBUN 2011, "the first adventure at ramadan"

Cabaran Ramadan yang telah dianjurkan olek Kelab Kemabara Hulu Terengganu telah diikuti oleh 9 orang orang belia Hulu Terengganu. Progrem ini diadakan secara kecil-kecilan kerana belum pernah dijalankan. Dalam progrem ini, 6 orang lelaki dan 3 orang perempuan  telah terpilih. Sungguh terkejut apabila mendegar ada progrem sedemikian pada bulan ramadan.

Mungkin banyak persoalan yang timbul berkaitan progrem ini seperti adakah peserta mampu bertahan puasanya dan laratkah peserta untuk sampai ke tempat ditujunya?. Ok lah, saya akan berkongsi sedikit tentatif progrem yang dijalankan kepada anda. Pada pendakian kali ini sangat berbeza dengan pendakian sebelum-sebelumnya. 

Peserta yang mengikuti progrem ini berjalan dalam 1 jam sebelum berbuka. Selepas berbuka barulah pendakian bermula. Angin malam yang diikuti deruan air terjun membuatkan perjalanan menjadi selesa.
Mungkin anda ingin mengetahui bagaimana gambaran semasa berada di progrem ini. Sedikit santapan gambar disediakan untuk memperincikan keadaan sebanar.







































PROGREM BERAMAH MESRA DAN BERBUKA BERSAMA PENJARA MACHANG, KELANTAN

Progrem ini telah dianjurkan sendiri oleh KELAB KEMBARA HULU TERENGGANU dengan kerjasama PENJARA MACHANG. Progrem ini mendapat sambutan oleh para belia yang berada sekitar daerah Hulu Terengganu. Progrem ini juga mendapat sokongan dan sedikit bantuan daripada YB HJ. ROZI BIN MAMAT iaitu ADUN TELEMONG Merangkap Exco Kerejaan Negeri Terengganu dan AHLI PARLIMEN HULU TERENGGANU iaitu YB. HJ. MOHD NOR BIN OTHMAN. Melalui progrem tersebut, banyak pendedahan tentang penjara yang dapat dikongsi kepada para belia Hulu Terengganu. 


Peserta progrem bertolak ke Penjara Machang Kelantan

Bendahari (Kanan) dan AJK menunjukkan wajah kegembiraan





Salah seorang peserta yang memberikan komitmen yang tinggi sepanjang progrem

Penolong S/U iaitu Fatin Nadira menceriakan lagi suasana dengan senyumannya

Berbaju putih merupakan ketua biro sukan dan rekreasi kelab kembara hulu terengganu (KKHT)

Setelah begerak hampir 3 jam dalam perjalanan, akhirnya rombongan KKHT sampai di penjara machang  dengan selamat

Peserta disajikan dengan Pameran tentang Penjara

Tali gantung yang dipamirkan 

pihak Penjara Machang menerangkan kesalahan para banduan yang terdapat di penjara tersebut



Tuan Asmawi iaitu timbalan penguasa penjara menberi sedikit ucapan

para peserta asyik mendegar penerangan tentang penjara


persiapan untuk berbuka puasa

saling tolong menolong untuk memudahkan persiapan sebelum berbuka

begini lah keadaan sebelum berbuka

pihak Penjara Machang dan Kelab Kembara Hulu Terengganu bergambar sebelum berpisah

kelibat ahli KKHT semasa di wakaf CHE YEH

Terlalu banyak barang yang dijual dengan harga berpatutan, seorang peserta Blurrr...

jam 3.45 pagi, rombongan berhenti sahur di Restoran LELA di kuala berang


Banyak cerita nak diskongsikan sepanjang progrem oleh pesarta mengisi masa untuk menunggu makanan yang akan tiba..hehehe

S/U Kelab Kembara Hulu Terengganu iaitu maziah kelaparan..hehehe

Cari Blog Ini