Khamis, 8 November 2012
Khamis, 7 Jun 2012
Keropok lekor Terengganu bakal tembusi pasaran China, Arab Saudi
KUALA TERENGGANU: Keropok Lekor Terengganu yang dihasilkan sebuah
syarikat milik Bumiputera, Keropok House Dungun Gallery Interprise
(KHDGI), bakal dieksport ke China dan Arab Saudi.
Pengurus KHDGI Zakiah Othman, 56, berkata pihaknya diminta oleh pengedar untuk menghantar dua kontena, iaitu kira-kira 20 tan metrik keropok lekor sebulan ke kedua-dua negara itu.
"Sekarang ini, kalau mahu mengeksport keropok ke luar negara, perlu ada
Sijil Halal. Memang melegakan apabila permohonan sijil halal dari
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang dipohon tiga bulan lalu,
sudah diperolehi" katanya kepada Bernama di sini.
KHDGI juga mengeluarkan bebola ikan, nuget, sos pencecah keropok dan
beberapa jenis barangan lain selain keropok lekor dan keropok kering.
Melalui bantuan RM187,000 dari SME Corporation, beliau berkata, KHDGI membeli peralatan moden untuk membuat keropok di Kampung Kuala Abang.
Bengkel berkeluasan 50x100 kaki persegi itu adalah bekas bengkel ikan salai yang dibina pada 1974 sebelum dijadikan bengkel membuat keropok sekarang ini.
Sebelum mengusaha keropok, Zakiah berkata beliau mengusahakan ikan salai untuk dieksport ke Jepun bersama suaminya, Mohd Nor Abdullah, 66, yang berasal dari negara Matahari Terbit itu.
Bagaimana pun, perusahaan yang dijalankan sejak 1982 itu tidak berpanjangan dan terpaksa ditutup kerana kekurangan bekalan ikan tongkol.
"Saya mengusahakan sebanyak 10 tan metrik sehari ikan salai pada masa itu," katanya.
Zakiah berkata, beliau pernah menjadi vendor peralatan eletrik sebelum menceburi bidang keropok selepas mendapat nasihat dari Jabatan Perikanan Terengganu.
Kekuatan KHDGI sekarang bergantung kepada dua pengedar utamanya untuk mengedar keropok dan lain-lain ke luar Terengganu, iaitu Bidadari KLF (Keropok Lekor Frozen) dan Zuyyin Interprise.
Pengurus KHDGI Zakiah Othman, 56, berkata pihaknya diminta oleh pengedar untuk menghantar dua kontena, iaitu kira-kira 20 tan metrik keropok lekor sebulan ke kedua-dua negara itu.
Melalui bantuan RM187,000 dari SME Corporation, beliau berkata, KHDGI membeli peralatan moden untuk membuat keropok di Kampung Kuala Abang.
Bengkel berkeluasan 50x100 kaki persegi itu adalah bekas bengkel ikan salai yang dibina pada 1974 sebelum dijadikan bengkel membuat keropok sekarang ini.
Sebelum mengusaha keropok, Zakiah berkata beliau mengusahakan ikan salai untuk dieksport ke Jepun bersama suaminya, Mohd Nor Abdullah, 66, yang berasal dari negara Matahari Terbit itu.
Bagaimana pun, perusahaan yang dijalankan sejak 1982 itu tidak berpanjangan dan terpaksa ditutup kerana kekurangan bekalan ikan tongkol.
"Saya mengusahakan sebanyak 10 tan metrik sehari ikan salai pada masa itu," katanya.
Zakiah berkata, beliau pernah menjadi vendor peralatan eletrik sebelum menceburi bidang keropok selepas mendapat nasihat dari Jabatan Perikanan Terengganu.
Kekuatan KHDGI sekarang bergantung kepada dua pengedar utamanya untuk mengedar keropok dan lain-lain ke luar Terengganu, iaitu Bidadari KLF (Keropok Lekor Frozen) dan Zuyyin Interprise.
Isnin, 4 Jun 2012
Sekadar Sekejap Sahaja
Hidup bukanlah satu perkara mudah. Hidup perlu dilalui pelbagai perkara yang kadang-kadang ia berduka bagi diri dan kadang-kadang juga adalah satu yang gembira bagi kita. Kekuatan dalam dirilah yang membantu kita membawa hala tuju dan juga pilihan yang kita inginkan. Banyak ingin dikongsikan tentang kehidupan dengan rakan-rakan semua.
Kehidupan kalau tidak bercinta memang tidak lengkap. Cintalah yang membawa kita lebih matang dan lebih dewasa. Sebenarnya cinta itu adalah satu perkara yang baik kerana dapat mengeratkan dua perhubungan. Malah cinta ini juga akan menjadi sesuatu yang keji kalau ia disalah tempatkan. Tidak semua itu indah kalau ia tidak dijaga dengan baik dan rapi. Biasanya barang yang cantik akan digilai. Bagi yang tidak bercinta di masa muda ini adalah bukan salah mereka tidak mencari, tetapi ada yang lebih penting untuk dicari dan dilaksanakan.
Dalam kehidupan juga pengalaman juga amat bermakna. Ia kalau difikirkan di masa muda adalah satu perkara yang membuang masa, membuang duit dan meninggalkan apa yang ada sekarang. Apa itu ilmu dan kematangan?. Semua ini akan terjawab jika pengalaman dalam diri sudah cukup untuk menjawab apa itu ilmu dan kematangan. Banyak golongan tua sekarang memadang remeh pada masa mudanya tentang pengisian di masa mudanya dahulu. Tapi lihatlah betapa pentingnya sesuatu pengisian untuk anak muda sekarang dan ia sudah diangkat menjadi sesuatu yang penting.
Dalam kehidupan juga perlu ada peneman. Apa yang dimaksudkan dengan peneman itu adalah insan yang dipanngil kawan. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai manusia, kawan adalah seorang yang penting untuk melengkapkan sesuatu perkara yang dilakukan dalam kehidupan kita. Kadang-kadang kawan ini boleh muncul dalam pelbagai watak. Watak-watak yang dimainkan itulah yang dipanggil karenah. Hidup berkwan memang perlu melayani kanenah kerana karenah itu lah membuatkan kita berfikir dan matang.
Semua yang dilakukan semua datang dari diri sendiri. Kekuatan untuk sesuatu yang dilakukan telah lama wujud dalam diri, hanya mahu dikeluarkan atau tidak sahaja. Bab kata pakar psikologi Pak Carl Rogers kita manusia ini punyai keupayaan untuk bangkit..Sekadar berkongsi je he he he....
Jumaat, 6 Januari 2012
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF BRUNER
Seymour Jerome Bruner
Beliau dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915.Beliau lebih dikenali sebagai J.Bruner. Beliau ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi.
PENDIDIKAN
Pada mulanya, Bruner bersekolah di sekolah umum. Pada tahun 1933 beliau lulus dari sekolah tinggi. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Duke University. Disana beliau mengambil jurusan psikologi. Pada tahun 1937 beliau mendapat gelaran AB. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat.
PENCAPAIAN
Sebagai seorang tokoh kognitif yang berjaya, beliau telah menerima banyak pencapaian. Antaranya adalah, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.
MAKLUMAT TEORI
Beliau banyak menghasilkan penulisan dalam bidang falsafah pendidikan,teori-teori pembelajaran, dan proses pengajaran. salah satu hasil penulisannya yang terkenal adalah The Process of Education. Buku ini telah menjadi bahan rujukan yang penting dalam menggubal kurikulum matematik moden di kebanyakkan negara.
BELAJAR
Belajar merupakan kategori yang terjadi untuk memudahkan interaksi dengan realiti. selain itu, belajar turut memudahkan tindakan. Hal ini berkait rapat dengan proses seperti pemilihan maklumat, generasi proposal, fasilitasi, proses membuat keputusan dan pembinaan dan ujian hipotesis. Murid yang belajar berinteraksi dengan realiti akan dapat menetapkan kemasukkan yang sesuai dengan kategori mereka sendiri.Hal ini kerana mereka akan menentukan kategori konsep yang berbeza.
Belajar adalah sebuah proses aktif dari persatuan dan pembinaan. Selain daripada itu, pengetahuab sedia ada murid juga merupakan faktor penting dalam belajar. Ini memberi makna kepada organisma untuk menimba pengalaman dan membolehkannya untuk membentuk suatu media seperti peraturan ini:
1) menentukan sifat-sifat penting dari para ahlinya, termasuk komponen esensialnya.
2) menggambarkan bagaimana mereka harus diintegrasikan komponen penting.
3) menentukan batas-batas toleransi atribut yang lain untuk ahli termasuk ke kategori.
Bruner membezakan dua proses yang berkaitan dengan kategori:
a)Pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza)
b)Konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori).
a)Pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza)
b)Konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori).
Bruner berpendapat bahawa pembentukan konsep merupakan proses yang terjadi lebih semua daripada konsep pada orang 0-14 tahun, sementara konsep konsep Tingkat pembentukan berlaku bukan dari usia 15 tahun.
Konsep boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu:
· Konsep konjuntif
Kosep ini merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa bahagian yang tergabung dan tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila salah satu bahagian ini diketepikan, maka, konsep tersebut menjadi kurang lengkap.
· Konsep disjuntif
Konsep ini pula merujuk kepada bahagian-bahagian yang tergabung di dalam konsep ini boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain.
· Konsep hubungan
Konsep ini merujuk kepada kepada hubungan khas antara satu sama lain yang wujud diantara bahagian-bahagian tersebut. Kebanyakkan hubungan ini biasanaya terdiri daripada bahagian-bahagian yang mengandungi masa dan ruang.
Selain itu Bruner berpendapat, fungsi konsep utama adalah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Menurut beliau lagi, bahasa merupakan medium yang penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, ia akan bertukar kepada penggunaan gamabar atau perwakilan simbol di mana bahasa memainkan peranan.
ASPEK TEORI PEMBELAJARAN
Bruner berpendapat bahawa empat aspek berikut merupakan aspek yang penting dalam teori Arahan:
1) kecenderungan terhadap pembelajaran
2)bagaimana pengetahuan boleh ditetapkan sehingga yang terbaik untuk diinternalisasi oleh pelajar
3) urutan paling efektif dalam menyajikan bahan bantu mengajar
4) Sifat dari hadiah dan ganjaran.
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berikut adalah implikasi dari teori Bruner dalam pendidikan:
1) Teorem pembelajaran Matematik
Bruner dan Kenny (pembantunya) telah membuat pemerhatian di dalam kelas Matematik bagi mengkaji faktor-faktor yang terlibat dalam teori ini. Hasilnya mereka telah Berjaya membina empat teorem pembelajaran seperti berikut:
· Teorem Pembinaan
Merupakan cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan untuk konsep, prinsip mahupun hukum Matematik tersebut. Para pelajar perlulah menjalankan sendiri aktiviti-aktiviti konkrit agar mereka lebih memahami.
· Teorem Tatatanda
Tatatanda Matematik ini perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar itu sendiri. Ianya perlulah bermula dari mudah ke sukar mengikut tahap pemikiran pelajar pada waktu itu.
· Teorem Kontras dan Variasi
Operasi ini terjadi apabila terdapat prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit. Konsep Matematik kebanyakkannya tidak memberikan makna kepada pelajar jika mereka tidak dapat membezakan konsep yang lain. Konsep nombor ganjil dan nombor genap perlu dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor tersebut.
· Teorem Perhubungan
Konsep, prinsip dan kemahiran Matematik adalah saling berkaitan dengan kemahiran yang lain. Di dalam proses pembelajaran, guru perlu bijak mengaitkan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru kepada pelajar.
2) Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik
Seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid tersebut terhadap pengetahuan sedia ada mereka. Beliau turut mengatakan bahawa pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan symbol untuk mewakili konsep-konsep yang berbentuk abstrak.
3) Prinsip-prinsip pengajaran-pembelajaran
Melalui buku tulisan Bruner (1966) yang berjudul Toward a Theory of Instruction, beliau menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori yang dikemukakan oleh beliau sendiri.
· Prinsip motivasi
Bruner mempercayai bahawa kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Intrinsik ingin tahu adalah satu motivasi yang mendorong minat kanak-kanak terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri adalah aktiviti yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri disamping saling bersaing sesame mereka.
· Prinsip struktur
Prinsip struktur memberikeutamaan terhadap isi pelajaran yang sesuai dengan bentuk pengajaran, dan apa jenis bentuk pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid itu sendiri. Bruner mencadangkan, penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak.
· Prinsip sekuen
Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.
· Prinsip peneguhan
Bruner mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi pengajaran-pembelajaran untuk member kesempatan kepada kanak-kanak membuat kajian sendiri, agar mereka akan memperolehi kepuasan daripada dapatan kajiannya, demi menghasilkan peneguhan positif yang diharapkan.
4) Pembelajaran inkuiri-penemuan (Discovery Learning)
Kaedah ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, guru perlulah mengatur situasi pembelajaran untuk pelajar mereka dalam mengenal pasti masalah yang ditimbulkan, memahami dan menganalisisnya serta berusaha mencari alternatif jawapan sendiri.
5) Pembelajaran konsep hukum dan prinsip melalui pendekatan induktif
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memerlukan guru memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Melalui contoh-contoh inilah, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh tersebut. Sejerus itu, mereka mampu membuat kesimpulan sendiri mengenai topik tersebut.
ANALISIS SWOT
Dalam menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sesuatu teori adalah dengan menggunakan analisis SWOT. Analisis SWOT adalah sebuah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan Ancaman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam sesuatu teori yang dikemukakan. Analisis ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor dalaman dan luaran yang menguntungkan dan tidak menguntungkan untuk mencapai tujuan tersebut.
Analisis Swot juga telah dijalankan ke atas teori Burner. melalui analisis ini di dapati teori ini turut mempunyai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri. kekuatan yang jelas dapt dilihat dalam teori ini adalah ianya lebih berpusatkan kepada murid. Di mana teori ini memerlukan murid berfikir secara kritikal dalam menerima proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ianya dapat membantu murid-murid untuk melihat dari pelbagai perspektif yang berbeza, murid dapat menganalisis perbezaan dan persamaan yang telah dipelajari.
Setelah mengkaji tentang kekuatan, mari lihat pula kelemahan yang tdrdapat dalam teori ini. kelemhan yang jelas dapat dikenal pasti adalah murid hanya akan mengunakan kehendak dan emosi dalam memastikan mereka mencapai objektif pelajaran tersebut. Namun begitu, sekiranya dilihat dari segi peluang, murid-murid akan belajar mempunyai pendirian dan keyakinan pada diri sendiri. Selain, ianya tidak menyekat pengetahuan murid tersebut. Ancaman yang mungkin dihadapi melaui teori ini adalah, apabila tenaga pengajar melebih-lebihkan murid yang lebih menonjol berbanding murid-murid yang lain. Maka, tanpa disedari wujud satu suasana bias di kalangan murid-murid.
Setelah mengkaji tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di dalam teori ini, satu kesimpulan dapat dibuat dimana guru perlu memainkan peranan yang penting di dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.
SESI KAUNSELING KELOMPOK PEMUSATAN INSAN (CARL ROGERS)
Sesi pertama mengandungi sesi pengenalan, perbincangan etika dan persetujuan untuk mengikuti sesi kelompok. Sesi kedua ialah kaunselor meneroka secara ringkas mengenai apa dalam diri dan teknik mengikut teori pemusatan insan, penglahiran perasaan dan penerokaan mengenai kepuasan kerja melalui kolaj (ahli dalam kelompok). Sesi ketiga dan keempat ialah ahli-ahli kelompok meneruskan penglahiran perasaan dan penerokaan mengenai diri melalui kolaj. Sesi kelima ialah perkongsian ahli-ahli kelompok melalui penerokaan kendiri dan kemahiran berdaya tindak untuk menangani permasalahan yang dialami. Sesi keenam ialah kaunselor membuat rumusan sesi kelompok, mempelawa ahli kelompok memberi pandangan tentang penglibatan mereka dalam sesi kaunseling kelompok yang telah mereka ikuti.
Robert Mills Gagne lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Selain itu, ia menjawat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).
Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua bahagian dari suatu pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu untuk arahan.Dalam sebuah rencana yang signifikan bertajuk "Pendidikan Teknologi dan Proses Belajar" (Pendidikan Peneliti, 1974), Arahan Gagne ditakrifkan sebagai "Rangkaian kegiatan yang dirancang luaran yang mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian meningkatkan pembelajaran."
Teori Pembelajaran Gagne
Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :
Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:
(a)Pembelajaran Isyarat
Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumahdengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, “Selamatsejahtera, cikgu!”. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.
b)Pembelajaran Gerak Balas
Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, “Bagus, Ali pandai !”.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.
(c)Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.
d)Pembelajaran Pertalian Bahasa
Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.
(e)Pembelajaran Diskriminasi
Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.
(f)Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
(g)Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.
h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.
Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah dibawah:
Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:
· -Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.
· - Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancangpengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.
Langgan:
Catatan (Atom)