Halaman

Isnin, 4 Jun 2012

Sekadar Sekejap Sahaja


        Hidup bukanlah satu perkara mudah. Hidup perlu dilalui pelbagai perkara yang kadang-kadang ia berduka bagi diri dan kadang-kadang juga adalah satu yang gembira bagi kita. Kekuatan dalam dirilah yang membantu kita membawa hala tuju dan juga pilihan yang kita inginkan. Banyak ingin dikongsikan tentang kehidupan dengan rakan-rakan semua.

      Kehidupan kalau tidak bercinta memang tidak lengkap. Cintalah yang membawa kita lebih matang dan lebih dewasa. Sebenarnya cinta itu adalah satu perkara yang baik kerana dapat mengeratkan dua perhubungan. Malah cinta ini juga akan menjadi sesuatu yang keji kalau ia disalah tempatkan. Tidak semua itu indah kalau ia tidak dijaga dengan baik dan rapi. Biasanya barang yang cantik akan digilai. Bagi yang tidak bercinta di masa muda ini adalah bukan salah mereka tidak mencari, tetapi ada yang lebih penting untuk dicari dan dilaksanakan.

      Dalam kehidupan juga pengalaman juga amat bermakna. Ia kalau difikirkan di masa muda adalah satu perkara yang membuang masa, membuang duit dan meninggalkan apa yang ada sekarang. Apa itu ilmu dan kematangan?. Semua ini akan terjawab jika pengalaman dalam diri sudah cukup untuk menjawab apa itu ilmu dan kematangan. Banyak golongan tua sekarang memadang remeh pada masa mudanya tentang pengisian di masa mudanya dahulu. Tapi lihatlah betapa pentingnya sesuatu pengisian untuk anak muda sekarang dan ia sudah diangkat menjadi sesuatu yang penting.

     Dalam kehidupan juga perlu ada peneman. Apa yang dimaksudkan dengan peneman itu adalah insan yang dipanngil kawan. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai manusia, kawan adalah seorang yang penting untuk melengkapkan sesuatu perkara yang dilakukan dalam kehidupan kita. Kadang-kadang kawan ini boleh muncul dalam pelbagai watak. Watak-watak yang dimainkan itulah yang dipanggil karenah. Hidup berkwan memang perlu melayani kanenah kerana karenah itu lah membuatkan kita berfikir dan matang.

    Semua yang dilakukan semua datang dari diri sendiri. Kekuatan untuk sesuatu yang dilakukan telah lama wujud dalam diri, hanya mahu dikeluarkan atau tidak sahaja. Bab kata pakar psikologi Pak Carl Rogers kita manusia ini punyai keupayaan untuk bangkit..Sekadar berkongsi je he he he....
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini