Halaman

Ahad, 11 September 2011

PERANAN BELIA

Dunia sedang menghadapi alaf baru. Banyak perubahan sedang berlaku dan
memberi kesan kepada cara hidup, sosioekonomi, sistem kepercayaan, nilai dan
moral masyarakat yang terlibat dengan perubahan ini. Malaysia sebuah negara
yang konservatif dengan budaya timur tidak terlepas daripada ancaman ini. 
Persatuan Belia adalah alternatif atau jalan mudah bagi memperkasakan 
belia dalam meningkatkan semangat patriotisme terhadap negara.

Keruntuhan nilai sosial dikalangan belia mula menular pada awal 1960an namun
tahap peningkatan gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin meruncing hingga ke
hari ini. Keadaan ini amat membimbangkan kerana golongan belia adalah aset
penting bagi masa depan negara.

Pertubuhan belia di negara ini, bermula sejak tertubuhnya Pertubuhan Pengakap
pada 1903. Sejak itu pelbagai pertubuhan belia telah tumbuh dan menjadi amat
popular sebagai wadah menghimpunkan golongan belia dalam merencanakan
pelbagai aktiviti untuk faedah masyarakat. Pada tahun 2000 terdapat 5,500
pertubuhan belia di seluruh Negara dan bilangan ini meningkat ke 8,000 pada
tahun 2005. Keahlian juga telah meningkat kepada 2.8 juta pada tempoh yang
sama.

 Persoalan timbul, dimana perginya baki belia seramai 9 juta yang tidak menyertai
pertubuhan belia? Anggapan timbul menyatakan kumpulan inilah yang sering
dikaitkan dengan gejala sosial akibat kurangnya pendedahan dan penglibatan
dalam kegiatan-kegiatan sihat yang dapat mengelakkan mereka daripada
terjerumus dengan gejala sosial, umpamanya penagihan dadah, lumba haram
(Mat Rempit & Minah Rempit), gangsterism, perjudian, penagihan arak,
pergaulan bebas, pelacuran dan lain-lain.

Pertubuhan belia mempunyai segala potensi untuk berperanan sebagai agen
perubahan dalam membanteras gejala sosial. Potensi ini akan menjadi kenyataan
apabila belia berkeupayaan menjana potensi yang ada melalui saluran yang
disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak-pihak lain yang terbabit.
Pengiktirafan oleh semua pihak perlu dalam meletakkan pertubuhan belia
samaada diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah sebagai ‘one stop center’
bagi penganjuran aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat.

 Dalam menguruskan era bordeless world yang bercirikan pengaliran maklumat
dan dagangan secara bebas sedikit sebanyak telah menyebabkan belia terdedah
kepada gejala negatif yang bersifat global. Sehubungan itu, antara peranan yang
boleh dijalankan ialah :



a) Menambah Keahlian Belia Dalam Pertubuhan


b) Merekayasa Dan Memperkasa Aktiviti


c) Rakan Bijak Dalam Membanteras Gejala Sosial


d) Memasyarakatkan Pertubuhan Belia


e) Memperkasakan Pertubuhan Belia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini