Halaman

Jumaat, 26 Ogos 2011

Politik dan Para belia adakah saling memerlukan?



   Assalamualaikum w.b.t, kepada pembaca yang sudi menjelajah ke blog CELOTEH ANOK ULU nie. Blog nie sebenarnya banyak membincang tentang kehidupan dan alam. Di sini saya ingin menyentuh sedikit tentang politik. Sebenarnya banyak orang tak suka politik sebab mengatakan politik tu ada lah kotor.


   Pendapat saya tentang politik ini ada lah tidak sehebat pemerhati dan tokoh2 politik di luar. Sebenarnya saya pon melihat politik yang berada di sekitar kawasan saya dan saya tidak mengambil ruang yang luas untuk mengupas secara besar-besaran. Bagi saya, politik nie bersih tapi ada tangan-tangan yang mengotorkan.


  Saya seorang belia sangat berminat kepada politik, kadang-kadang bagi saya politik yang bergerak dan duduk di atas landasan yang betul dapat mewujudkan suasana dan keadaan yang aman serta selamat. Semua orang impikan perkara tersebut termasuklah saya sendiri. Tapi kita semua tidaklah sama berfikiran. Manusia memang dicipta berlainan kerenah dan rupa.


   Alhamdullilah dan bersyukur sangat kepada tuhan kerana masih ada pemimpin yang sanggup mengambil berat kepada masyarakat terutamanya para belia. Disini saya menyentuh tentang belia kerana saya pon seorang belia.


     Di negara kita, golongan berpendidikan tinggi lebih cenderung membuat sedikit perbandingan di antara remaja dan belia. Walaupun perbezaannya masih belum jelas tetapi ia dapat memberi gambaran perbandingan di antara dua istilah itu. Satu Pengamatan, belia ditakrif berdasarkan peringkat umur dari 15 hingga 40 tahun dan manakala remaja pula berumur antara 11 hingga 19 tahun.


  Dalam melihat situasi politik sekarang, golongan belia adalah satu aset bagi sesebuah badan politik untuk meraih undi. Jelaslah bahawa disini bhawa kerajaan, pihak NGO dan mana2 pihak yang berkempentingan perlu menjaga para belia dengan mengambil hati dan menarik perhatian mereka dengan menyajikan dengan sesuatu yang berfaedah atau menyediakan kemudahan untuk mereka terus bersama-sama.


  Sekarang apa yang kita tau ramai belia kita berjaya dan ramai juga yang masih berawan-awangan dengan dunia yang dicipta sendiri. Dalam membangkitkan dan membawa para belia ke hadapan, peranan pemimpin sangat perlu. Bagi saya, tangan yang menghulur adalah lebih mulia. dan saya harap ada tangan untuk terus menghulur membantu para belia untuk terus maju.

3 ulasan:

  1. orang2 politik kadang2 MEMPERGUNAKAN belia untuk kepentingan tertentu.....

    BalasPadam
  2. kadang2 gitu lah kak mie, kalau kita sama2 bangun dan tuntuk hak kita pasti dia mengalah juga kak mie

    BalasPadam

Cari Blog Ini