Halaman

Khamis, 4 Ogos 2011

JELAI

POKOK JELAI

PENERANGAN

Tumbuhan dari famili rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah yang keras berupa manik dan berlubang ditengahnya.Kanak-kanak kampung selalunya menjadikan tasbih dari buahnya yang dicucuk pada tali.Ia boleh mencapai ketinggian 3 meter dan tumbuh dalam bentuk rumpun.Buahnya berkilau seperti porcelin, tebal dam amat keras.ia berwarna hijau muda ketika muda dan berubah menjadi kuning langsat apabila masak.Ia menjadi hitam apabila tua.Daunnya berbentuk seprti daun jagung tetapi lebih pendek dan berketak-ketak.Upih daunnya rapat memenihi batangnya.

KEGUNAAN

Dikampung-kampung herba ini selalunya digunakan untuk mengubat sakit kepala dan migrain. caranya keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas.pesakit akan dimandikan dengan dengan air rendaman ini setelah suam.Akarnya mampu mengubat demam kuning dengan cara merebus 15 g akarnya hingga air rebusan tinggal setengah, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari.Disamping itu pesakit perlu minum banyak air masak ketika mengamalkan tonik ini.Untuk batu karang pula, 5 g daunnya dijadikan teh dan diminum dan diamalkan selalu hingga masalah batu karang hilang.tambahkan daun hingga 10 g untuk mengubat jangkitan pundi kencing dan kencing kotor dan diambil dengan cara yang sama.Untuk rheumatik pula,30 g buahnya yang tua hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya ketika sakit.Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk direbus. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit,menjadi penawar apendik dan cirit birit.

1 ulasan:

Cari Blog Ini