Selasa, 2 Ogos 2011
kembara bersama kawan
Dalam menjalani kehidupan seharian, tak lengkap kalau kita tidak mengambil sedikit masa untuk bersama kawan-kawan, sedikit pandangan saya tentang berkawan adalah kawan ini ibarat penyuluh untuk kita maju kehadapan. Dalam megupas cerita saya tentang kembara, kembara ini boleh diketogorikan dalam pelbagai peringkat. Bagi permudahkan penyebutan istilah "kembara" itu, saya mengambil sedikit perkataan saja iaitu "masuk utan". Istilah ini saya dan kawan gunakan kerana senang bagi pembaca untuk tahu apa yang saya maksudkan tentang kembara. Apabila pulangnya saya ke kampung kerana cuti semester di sebuah IPTA, mesti tidak duduk diam di rumah saja. Saya bersama kawan-kawan sering masuk utan untuk melihat keindahan alam yang dicipta oleh tuhan. Kadang-kadang hati ini tidak puas untuk memandang kerana ciptaan tuhan terlampau cantik menyebabkan kami sering ke tempat yang sama. Minat saya dan kawan-kawan bukan sahaja habis di satu tempat sahaja, kadang-kadang kami ingin maju ke tempat lain untuk mengisi pengalam. Dalam pengembaraan ini, kami menuju ke sebuah gunung di sebuah daerah di Terengganu iaitu GUNUNG BEREMBUN. Gunung ini sangat cantik dan perjalanan untuk mengelilingi gunung ini mengambil masa kira-kira 3 hari 2 malam. Semangat bersama-sama kawan ini membuatkan semangat utuk terus menghadapi laluan mencabar. Apa yang seronok apabila berjalan dalam kumpulan, banyak gelagak yang dapat disaksikan. Sebenarnya apa yang dilihat daripada gelagak yang dilakukan itu adalah satu peristiwa yang kita akan simpan untuk mengisi dalam kekosongan ruang pengalam. Apabila sampai ke perhentian untuk bermalam, masing-masing tahu akan tugas untuk dilakukan seperti memancing, memasak, mendirikan khemah, mencari kayu api dan sebagainya. Sebenarnya, dalam bekerja dalam kumpulan akan timbul satu kekuatan untuk kita teruk kukuh dalam persahabatan. Pada keesokan harinya, kami terus menuju ke puncak. Perjalanannya amat mencabar kerana laluannya amat mencabar. Dalam kepenatan berjalan, kami selalu gelak kerana ada saja cerita lucu untuk menghiburkan hati. Apabila matahari menegak ke atas kepala kami sampai ke puncak yang ingin kami tawani. Kepuasan yang dirasai dapat melupai kepenatan yang dirasai sebelum ini. Syukur kerna saya dan kawan-kawan selamat mengembara. Apa yang hendak diperkatakan disini dalam perhubungan berkawan, biarlah ada pengalaman untuk kita terus bersatu..mudah-mudahan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan